MELIHAT TAPI TAK NAMPAK

>> Tuesday, April 28, 2009

Salam sejahtera semua........semoga anda sihat selalu bolehlah anda baca artikel saya....hehehe.....
baik hari saya ingin berkongsi dengan anda cerita motivasi. Saya nie bukan motivator tau, cuma saya ingin berkongsi cerita motivasi dengan anda saja. Saya ingin berkongsi cerita apa yang ditulis oleh Chef Li dalam bukunya yang berjudul jutawan senyap. Saya tertarik dengan satu subtopik yang berbunyi seperti ni "Melihat Tapi Tak Nampak". Baiklah saya akan mulakan mencerita dimana seorang rakyat daripada negara seberang iaitu daripada negara indonesia boleh menjadi seorang yang kaya, bukan dinegara beliau tetapi dinegara kita. Kenapa boleh jadi sebegitu rupa? Adakah dia merompak? Menjual Dadah? atau Menjadi bapa ayam?ish......merepek la aku nie.....ok
kita sambung balik,dia bukan buat kerja sebegitu rupa.......tapi ia hanya sekadar menjual air saja.Lihat hanya jual air saja......adakah anda yang diluar sana menjual air sudah menjadi kaya,
boleh pakai kereta mewah,rumah banglo....dan lain-lain lagi......jangan bini besar sudah.......
Apa yang kita nampak Mat indon ini (saya guna nama mat indon sebab tak ingat nama la...)dia datang ke negara kita dengan susah payah sehinggakan ibunya menjual tanah untuk memberi wang kepadanya untuk datang ke sini........setelah sampai di Malaysia Mat indon ini bekerja sebagai buruh dan ditipu oleh majikannya......dan dia bersumpah dia tidak akan pulang ke kampungnya sebelum ia menebus tanah ibunya. Mat indon indon ini mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan wang daripada rakyat Malaysia yang berlalu lalang di bandaraya Kuala Lumpur. Akhirnya ia terfikir bahawa setiap orang yang lalu-lalang di bandaraya ini mesti membawa duit cuma yang membezakan banyak atau sikit. Paling kurang RM1 mesti ada dalam poket. Jadi dia berfikir ingin menjual barang yang berharga seringgit, dan kanak-kanak pun boleh membelinya kerana harganya begitu murah dan takkan orang nak mintak kurang harga lagi kot. Selepas itu dia memulakan perniagaannya menjual air di Kampung Baru. Hari pertama dia berniaga pendapatan mencecah RM100 dan dia terus menjual sehinggakan dia membuka lagi gerai airnya ditempat lain. setelah beberapa tahun dia berniaga......simpanan wangnya sehingga ratusan ribu dan sehinggakan dia dapat mengguna kereta mewah.......siapa sangka penjual air jalanan dapat mengguna kereta mewah. Setelah itu dia pulang ke kampungnya dan meneruskan perniagaan di negaranya. Apa yang saya nak simpulkan....Mat Indon ini melihat tapi dia nampak. Dia melihat rakyat Malaysia berjalan di bandaraya ini mesti membawa duit cuma banyak atau sikit. Jadi kalau boleh kita janganlah jadi manusia yang melihat tapi tidak nampak. Sampai di sini saja yang dapat ceritakan, saya harap segala kesilapan atau kekurangan daripada cerita ini saya harap dimaafkan kerana manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sekian........

Comments :

have 0 comments at “MELIHAT TAPI TAK NAMPAK”

Post a Comment

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP